Saturday 25 June 2011

Sepah Maharaja Lawak Astro




Sepah akhirnya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak 2011 Astro, setelah 13 minggu bertarung digelanggang bersama 3 lagi finalist iaitu Jozan , Nabil dan Jambu. Persaingan antara perserta adalah amat sengit dimana kumpulan Jozan dan Jambu silih berganti berada tempat pertama sejak awal pertandingan, namun sejak minggu2 terakhir ini Sepah melonjak dengan begitu drastik dengan lawak yang dibawa mereka diterima baik oleh penonton dan juri. Permarkahan ditentukan oleh 50% dari undian sms penonton dan 50% dari juri.
Kualiti lawak yang disampaikan oleh setiap peserta berbeza-beza pada setiap minggu seperti kita lihat pada minggu pertama Jozan telah dikritik teruk oleh juri, Sepah pula memulakan minggu pertama dengan stastik yang mendatar dan undian dari penonton tidak menyebelahi mereka, begitu ketara perbezaan peratusan undian sms antara Jozan dan peserta yang lain. Seperti sudah pasti Jozan akan menjuarai Maharaja Lawak ini disebabkan populariti Jozan yang sering dilihat di kaca tv. Tetapi disebabkan pihak juri mungkin telah bersependapat untuk menobatkan Sepah sebagai Maharaja Lawak kerana kosistensi kumpulan ini sejak dari mula hingga akhir tidak mengecewakan pihak juri dan penonton. Bagi kumpulan Jambu pernah dilihat sebagai pencabar Jozan pada mulanya dengan pihak juri telah memberi markah penuh kepada mereka walaupun undian dari penonton amatlah sedikit disebabkan kekurangan populariti  namun kualiti lawak mereka semakin menurun pada minggu2 akhir ini dan hampir tersingkir. Bagi peserta solo Nabil pula tidak kurang hebatnya memberi saingan pada peserta berkumpulan yang lebih banyak idea untuk dipersembahkan. Pada pendapat saya mungkin pihak juri Maharaja Lawak mahukan lawak yang baru dan segar, setelah dicampur dengan undian sms, kualiti lawak setiap peserta dan kosistensi maka Sepah berhak untuk menjuarainya. Tahniah diucapkan semoga kumpulan Sepah akan menampilkan lawak yang berkualiti dan mempunyai moral yang tinggi. Sepah adalah Bujang Lapok tahun 2000....

No comments:

Post a Comment